Drama bersiri ‘Sweet Dream’ arahan Michael Ang kini semakin mendapat tempat di hati para penonton Malaysia, drama yang kini sudah memasuki 10 episod, memaparkan babak-babak yang lebih menarik.
Namun pada episod lepas, penonton lebih tertarik dengan babak antara watak Puan Lola yang dilakonkan oleh Nina Juren dan Tuan Fadil, yang digalas oleh PU Azman.
Dalam drama tersebut, Puan Lola adalah ibu kepada Puteri (Mira Filzah) dan Tuan Fadil melakonkan watak sebagai bos. Babak tersebut memaparkan detik pertama kali Tuan Fadil berjumpa Lola.
Dah jatuh dengan mak Puteri
Maka daripada situlah, Tuan Fadil telah jatuh cinta dengan Lola selepas melihat gelagat wanita itu sedang membebel mengenai bekas suaminya, lakonan Roy Azman, kepada anaknya Puteri.
View this post on Instagram
Kau dah jatuh cinta dengan mak Putri ke Fadhil??. . Malam ini episod 10. . #dramaSweetDreams
Lunturkan kopiah nak matching rambut perang Lola
Antara babak yang lebih lucu adalah, ketika Tuan Fadil sanggup melunturkan kopiah yang dipakai, semata-mata mahu sepadan dengan rambut perang Lola.
Macam ni rupanya cik Man angau
Sedutan babak yang dimuat naik oleh PU Azman itu telah membuatkan para penonton berasa terhibur, sehingga terdapat lebih daripada dua ribu komen.
Ulang banyak kali sebab lawak sangata
Comel jer PU Azman ni…
Suka tengok Cik Man berlakon…
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS
Sumber : PU Azman