Biodata Intan Najuwa, Pelakon Kecil Molek Sering Jadi Tumpuan Ramai

Baru selesai majlis tali pertunangan, pelakon kecil molek Intan Najuwa ini sering kali menjadi tumpuan netizen. Antara drama lakonannya kini adalah Tuan Danial yang kini sedang ditayangkan di TV3.

Drama lakonannya bersama Idris Khan ini dikatakan sangat serasi dan dipuji ramai. Jom kenali lebih lanjut mengenai gadis comel ini!

Biodata

NAMA PENUH: Intan Najuwa Binti Abdul Wahid

NAMA POPULAR: Intan Najuwa

TARIKH LAHIR: 18 Ogos 1997

TEMPAT LAHIR: Johor Bahru, Johor

UMUR: 22 Tahun

INSTAGRAMintannajuwa

Kerjaya

Pada usia Intan Najuwa 18 tahun, dia memulakan kerjaya lakonannya dalam sebuah drama adaptasi novel, Hantu Punya Bos. Bakat lakonannya pada ketika itu dicungkil oleh penerbit terkenal, David Teo.

Namanya kian dikenali selepas memegang watak sebagai Hanan Khaira disamping Remy Ishak dalam Kekasih Paksa Rela.

Antara judul drama lain yang dibintanginya ialah Gantung The Series, Kenyalang I’m In Love, Suamiku Mr Blind dan banyak lagi.

Latar belakang

Sebelum ini, Intan Najuwa pernah dikatakan memiliki wajah seiras pelakon Wawa Zainal. Dia juga adalah seorang penulis blog sebelum berkecimpung dalam dunia lakonan.

Pada 18 Ogos 2019, Intan Najuwa disahkan bertunang dalam satu majlis gilang-gemilang bersama pilihan hatinya, Anwar Rusli, 38 tahun di Hotel Thistle, Johor Bahru.

Foto terkini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: Wikipedia / Sinar Harian / Intan Najuwa