“Video Aksi Inspektor Yoe Dalam Drama Terbaru Syahmi Sazli” Buat Netizen Tak Keruan

Nama Syahmi Sazli tidak asing lagi apabila dirinya boleh dikatakan trending di seluruh masyarakat Malaysia. Youtube dijadikan platform untuknya menyampaikan cerita-cerita rakyat dalam genre lawaknya tersendiri.

Bakat Syahmi Sazli dalam mengarah, yang mana membawa serta mengolah sesuatu penceritaan boleh dikatakan sesuatu fenomena yang luar biasa dan belum tentu semua orang mampu melakukan benda yang sama sepertinya. Setelah nama Asif diangkat dalam cerita-ceritanya sebelum ini, kini Syahmi memperkenalkan watak baru dalam drama pendeknya.

Dikenali sebagai Yoe Parey, Syahmi mula mengangkat bakat Yoe ini secara perlahan lahan dalam dramanya sehingga lah yang terbaru iaitu Gelak Khas. Watak Yoe Parey ini sangat unik dan tidak sama seperti dilakonkan oleh Asif dan dari sini wujudnya perbezaan antara keduanya.

Nama sebenar Yoe adalah Muhammad Ashrul Hakim Lukman dan berusia 21 tahun. Yoe ini merupakan seorang kanak-kanak istimewa. Walaupun Yoe seorang kanak-kanak istimewa sama seperti Asif, namun watak yang dibawa jelas berbeza dan humor lawak yang disampaikan turut berbeza.

Selain kisah yang disampaikan membawa mesej yang mendalam, Syahmi pandai menggunakan watak Yoe Parey untuk melakukan aksi komedi yang bersahaja sehinggakan penonton tidak kering gusi apabila melihatnya.

Seperti biasa, dialek Kelantan digunakan sebagai bahasa pengantar lakonan supaya ianya berbeza dengan drama-drama dari youtuber yang lain. Dalam drama terbaru iaitu Gelak Khas yang baru sahaja diterbitkan, Yoe memegang watak sebagai Inspektor Yoe yang mana cuba membasmi jenayah dadah.

Watak pengedar dan penjenayah dadah pula dilakonkan oleh Asif. Mengisahkan tentang misi anggota Gelak Khas menumpaskan sindiket pengedaran dadah. Seperti dijangka, humor yang ditonjolkan Yoe sangat memukau peminat dengan meniru suara Datuk Yusof Haslam.

DRAMA PENUH GELAK KHAS:

Part paling kelakar apabila aksi kejar mengejar antara penjenayah dan anggota polis. Bayangkan Inspektor Yoe menembak pengedar dadah tanpa henti sambil duduk mencangkung. Secara keseluruhan, drama yang dihasilkan kali ini boleh dikatakan tidak mengecewakan. Adengan lawak sentiasa ada sejak awal cerita sehingga ke penghujungnya.

Semoga karya Syahmi selepas ini lebih banyak membawa mesej kebaikan dalam hati masyarakat dan mendapat lebih sambutan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: Syahmi Sazli