“Aduh #20DaysChallenge Shaheizy Sam Kant0i,” Diet Ke Tidak Sebenarnya

Kalau sebut nama pelakon, Shaheizy Sam, rata-rata peminat industri seni memang cukup kagum dan bangga. Dia bukan calang-calang pelakon. Hebat dalam menghayati watak!

Namun, baru-baru ini peminat perfileman meluahkan rasa hairan malah ada segelintirnya mengecam apabila Shaheizy kini sudah tidak se’sado’(badan sasa) seperti yang dilihat di dalam filem.

Terasa tercabar, pelakon filem pecah panggung, Polis Evo ini mula mengumpul 33 peminatnya dan menjalani program diet #20DaysChallenge untuk mendapatkan kembali tubuh sasa yang pernah dimiliki.

Tetapi kelakarnya, menerusi gambar dan video yang dimuat naik isteri pelakon itu, Syatilla Melvin, Shaheizy dilihat tidak dapat menahan selera makannya dan kantoi tidak mengamalkan diet.

Mana tidaknya, Syatilla memuat naik gambar dan video pelakon itu sedang enak menikmati mi segera pada pukul 2.43 pagi. Malah, makan di tangga lagi, kantoi!

Syatilla dalam pada itu sempat meluahkan rasa simpati terhadap 33 peserta program diet yang dianjurkan suaminya. Dia juga memuat naik gambar Shaheizy yang sedang enak disuap makan!

Kelakar sungguh isteri Shaheizy ini! Tidak berpuas hati, Shaheizy juga meninggalkan komen di Instagram isterinya itu.

Umum mengetahui pasangan suami isteri ini memang suka bergurau dan masing-masing tak sabar untuk melihat perubahan Shaheizy pada 26 Ogos depan.

Kita tunggu dan lihat, boleh ke Shaheizy kembali sado? Tak sabar!

VIDEO:


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

SUMBER: Instagram @samtilla