“Alah… Jgn La Mintak2 Isteri…” Saharul Guna Nama Achey Nak Hadiah ‘Y15’ Dari Isteri

Kini laman sosial Instagram juga menjadi medium pelbagai perkara dapat dikongsikan oleh orang ramai malah ianya juga memudahkan netizen untuk mengetahui perkembangan selebriti diminati mereka.

Terbaru, posting Saharul Ridzwan yang juga memuat naik satu keping foto berbadan sadonya dan sebuah motor membuatkan dia menjadi perhatian.

Sayang…

Manakan tak, ayat panjangnya untuk memujuk isteri memberikan hadiah Y15 membuatkan ramai terhibur dengan susunan ayatnya yang mana dia juga menyebut kisah Achey yang diberi hadiah sebuah motor oleh isterinya semalam.

Komen rakan artis & netizen

Apa yang menjadi tumpuan juga, badan Saharul yang kini semakin sado itu turut menerima komen ramai sehingga dia digelar ‘hulk’.

Hahahaha susunan mantap!

Comel jee org tuu mintak motor kt wife dia…

Alah beli je sendiri…

Bagaimanapun, ada pula yang meninggalkan komen seperti kurang senang dengan postingnya itu namun Saharul tidak cepat melatah namun turut memberikan balasan komen terhadap individu terbabit.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: Saharul Ridzwan