Rakyat Kagum, Permaisuri Agong Tunku Azizah Sanggup Pusing UIAM Naik Bas

Semua sedia maklum Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sememangnya seorang Raja Permaisuri yang mesra rakyat. Baginda juga sering aktif di laman media sosial dan sering dilihat membalas komen rakyat.

Terbaru, Tunku Azizah sekali lagi mendapat perhatian netizen apabila baginda mencemmar duli menaiki bas untuk melihat keseluruhan kampus Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) Gombak sempena Kunjungan DiRaja. Sporting betul!

Harap puteri baginda memilih UIAM

Turut mengiringi baginda ialah Presiden UIAM, Datuk Dr Mohd Daud Bakar serta Rektor, Prof Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak. Dalam ucapan ringkasnya, Tunku Azizah turut merakamkan terima kasih kepada pihak universiti kerana menerima kunjungan baginda.

Jadi saya berharap dua anak (Tengku Puteri Afzan dan Tengku Puteri Jihan) akan turut memilih UIAM (menyambung pelajaran di universiti itu).

Saya berharap dengan tunjuk ajar dan panduan daripada pengurusan dapat membawa universiti mencapai lebih banyak kejayaan.

Tunku Azizah bertitah, UIAM dekat di hati kerana adinda bongsu, Tunku Masera Sultan Iskandar juga graduan universiti berkenaan.

Baginda meminati bidang pengajian Islam

Tunku Azizah bertitah lagi, UIAM adalah universiti Islam yang berprestij dan baginda turut meminati bidang pengajian Islam.

Selain itu, saya juga harap boleh ‘kacau’ fakulti seni bina kerana memang meminati bidang seni bina selain sejarah dan perundangan Islam.

Harap kehadiran saya di universiti ini sebagai ‘big head’, banyak benda yang saya boleh pelajari daripada anda semua, untuk menjadi insan mahupun permaisuri yang terbaik untuk Malaysia.

Mengakhiri kunjungan, Tunku Azizah selaku wanita pertama dilantik Ketua Perlembagaan UIAM turut berkenan menghadiri majlis santapan tengah hari bersama pengurusan tertinggi universiti bersama kakitangan serta penuntut.

Dipuji netizen

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Harian Metro