“Datuk Dan Nenek Buat Kejvtan,” Pakaii Baju Etniik Kenyah Ke Majlis K0nvo Cucu

Malaysia sememangnya terkenal dengan pelbagai kaum dan budaya yang mempunyai keunikan masing-masing terutama bagi masyarakat Borneo.

Bagi Ummie Syuhada Ismail pula, dia berbangga apabila datuk dan neneknya hadir ke majlis konvokesyen baru-baru ini dengan memakai busana bermotifkan corak etnik Kenyah.

Gambar mereka dikongsi oleh adik kepada Ummie Syuhada yang dikenali sebagai Joxxanna sehingga tular di laman Twitter.

Comel tak datuk & nenek saya?

https://twitter.com/joxxanna/status/1163987014422650881

“Saya tahu atuk dan nenek akan datang untuk majlis konvo tapi tak tahu mereka buat kejutan untuk memakai baju tradisi keluarga hingga membuatkan saya terharu.

“Mereka sengaja buat kejutan untuk saya kerana saya cucu pertama yang konvo, jadi mereka mahu jadikan ia tradisi setiap kali meraikan kejayaan buat ahli keluarga.

“Pada hari kejadian, ibu bapa saya sepatutnya pakai baju sama macam atuk dan nenek, diorang dah bawa baju siap-siap..

“…untuk dipakai tapi tak sempat nak pakai sebab berbaris panjang di toilet,” kata graduan Universiti Putra Malaysia (UPM) itu.

Graduan Ijazah Sarjana Muda Pengkhususan Matematik itu juga mendapat pujian ramai setelah memakai baju kurung dengan hiasan manik yang dihasilkan oleh ibu saudaranya.

“Sepanjang hari konvo itu, semua orang tengok pakaian saya dari atas sampai bawah, rasa segan pulak saya.

“Masa nak naik pentas ada beberapa pegawai yang cuba tahan saya semata-mata kerana berminat dengan baju itu.

“Paling terkejut bila ada yang request nak bergambar dengan saya sebab baju saya unik,” ujar bekas penuntut Institut Pendidikan Guru Kuching, Sarawak itu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Joxxanna , mStar Online