Usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri menyimpan hasrat untuk berkerjasama dengan dua penyanyi lelaki popular, Anuar Zain dan Faizal Tahir.
Sebelum ini, Aliff menonjolkan bakat nyanyiannya menerusi beberapa lagu seperti Abang Nak Tegur, Bobo di Mana, Biar Apa Orang Kata dan Jom Raya.
“Sejujurnya, saya teringin nak berduet dengan Anuar Zain atau Faizal Tahir. Mereka popular dan berbakat… Saya rasa saya boleh mengembangkan bakat seperti mereka.
“Paling tidak pun, saya mahu berduet dengan Ismail Izzani kerana dia salah seorang bakat baru yang mempunyai populariti dan bakat yang baik dalam bidang nyanyian,” kata Aliff.
Baru sahaja melancarkan lagu terbaru berjudul Cowok Baru, Aliff bekerjasama dengan Upiak Isil dan Lucinta Luna.
“Lagu ini sebagai pemangkin untuk saya mengembangkan bakat nyanyian di Indonesia. Lagu ini dipasarkan oleh Datu Entertainment dan kini saya merupakan artis rakaman di bawah baungan mereka.
“Saya tak sabar kerana syarikat rakaman saya mempunyai perancangan yang baik untuk mengintai pasaran muzik di sana. Muzik video lagu ini juga telah menjalani penggambaran di kota Jakarta, Indonesia dan saya sendiri yang mengarahkannya,” katanya lagi.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS
SUMBER: Gempak