“Bermula Dari Kecil Buat Iklan Macam Saya..” Juliana Evans Ingin Anak Berlak0n Iklan

Jika selebriti lain mewujudkan akaun Instagram khas untuk anak mereka, pelakon Che Puan Juliana Evans pula berpendapat masih belum ada keperluan untuk dia berbuat demikian.

Menurut Juliana, 30, dia lebih selesa berkongsi perkembangan anak perempuannya iaitu Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah menerusi akaun sama miliknya.

“Buat masa ini belum ada laman sosial, malah saya dan suami pun tak rancang untuk wujudkan akaun khas untuk anak kami.

“Tambahan pula saya perlu mengendalikan tiga akaun untuk kegunaan peribadi dan perniagaan… jadi rasanya tak perlulah untuk anak, pakai sahaja akaun saya sendiri. Suami pun okay sahaja dan tiada paksaan tentang hal itu,” katanya.

“Kalau artis lain mungkin ada alasan tersendiri mengapa mereka mewujudkan akaun untuk anak, tapi saya pula lebih suka jika berkongsi hal anak di Instagram saya sendiri.

Juliana selesa berkongsi perkembangan anak di akaun miliknya sendiri.

Pelakon filem Bella & Jamie ini merupakan salah seorang selebriti yang terlibat dalam jualan atas talian di portal tersebut.

Juliana ditemui semasa sidang media portal e-niaga, Cantix yang diadakan di Balai Berita NSTP, Bangsar, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Ditanya adakah dia bersedia mendedahkan anaknya dengan dunia hiburan, Juliana berkata dia mempunyai keinginan itu.

Namun, dalam hal ini dia perlu mendapatkan persetujuan keluarga terlebih dahulu.

Juliana harap anak didedahkan dengan industri sejak kecil. Tengku Kamiliah atau Mily selamat dilahirkan pada 13 Julai lalu.

“Kalau boleh saya memang nak dedahkan anak dalam bidang ini, bermula dari kecil buat iklan macam saya dulu.

Tambah beliau lagi

“Tapi saya dengan suami belum bincang lagi mengenai perkara ini dan kami perlu mendapatkan kebenaran keluarga terlebih dahulu,” ujarnya.

Juliana atau Juliana Sophie Johari Evans dan Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah, 31, mendirikan rumah tangga pada 30 April 2017.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : mStar