Dua pelajar bincang pasal ‘assignment’ secara bertaranum, tapi jiwa netizen pula bergetar

Antara melodi yang menyenangkan adalah taranum, bila mendengar sahaja bacaan Al-Quran dialunkan dengan cara bertaranum pasti membuatkan jiwa terusik.

Tapi lain pula kisahnya dengan tweet yang dikongsikan oleh seorang pemuda dikenali sebagai Luqman. Di dalam tweetnya, memaparkan rakaman perbualan suara antara dia dan rakannya bernama Affuan menerusi applikasi Whatsapps.

Tanya pasal assignment pun sedap weh…

Kalau sekali dengar macam sedang mengaji secara bertaranum, tapi bila di amati semula, rupa-rupanya kawannya itu tanya pasal assignment dan sedang bercakap dalam bahasa Melayu.

Oleh kerana taranum rakannya itu terlalu merdu, tweet tersebut menjadi tular sehingga mendapat 32 ribu retweetdan 24 ribu tanda suka.

Memang mengaji pun sedap

Disebabkan ramai yang meminta untuk mendengar rakannya itu mengalunkan ayat suci Al-Quran, jadi Luqman pun ‘belanja’ beberapa potongan surah yang dibaca rakannya secara bertaranum.

Lidah dah biasa mengaji, patutlah sedap

Ternyata, sememangnya rakannya berkebolehan dalam mengaji secara bertaranum, kalau dengar sahaja daripada gaya bacaannya memang kena sekali nadanya.

Mak siap puji suara sedap…

Rata-ratanya, kagum dengan kemerduan suara rakannya itu bertaranum walaupun hanya bercakap bahasa Melayu tetapi pada masa yang sama berasa geli hati apabila dia sehingga bertaranum semata-mata nak tanya pasal group assignment.

Dengar dia taranum terus rasa insaf…

Senyum sorang2 dengar…

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Luqman & Muhammad Affuan