“Pergi padam api ke sis” Ayda Jebat selamba gayakan seluar bomba di konsert

Sejak kebelakangan ini, pelakon dan juga penyanyi popular, Ayda Jebat dilihat kurang membintangi mana-mana drama televisyen dan lebih menfokuskan kepada kerjayanya sebagai penyanyi.

Seluar bomba Ayda Jebat

Semalam, artis cantik ini telah memuat naik gambarnya bersama beberapa orang penari memakai seluar mirip anggota bomba di Instagram dan telah menarik minat netizen untuk mengetahui sebab utama Ayda berpakaian seperti itu.

Dia juga telah menyertakan satu lagi posting video dengan latar belakang lagu sambil memakai seluar yang sama. Ayda juga menyertakan sekali kapsyen seakan berseloroh yang membuatkan ramai peminatnya meninggalkan komen diruangan itu.

Adakan persembahan di konsert anniversary

Menerusi muat naik daripada Instagram rasmi peminatnya iaitu AJscreamer, kostum sebegitu telah dipakai semasa mengadakan persembahan di sambutan ulang tahun penubuhan Plaza Low Yat yang ke-20 tahun. Menyanyikan lagu Temberang, Ayda dilihat begitu berkeyakinan di atas pentas.

 

View this post on Instagram

 

🎥👯 Temberang @ Low Yat Plaza 20th Anniversary . #AydaJebat #Temberang #LowYatPlazaAnniversary #AJscreamer

A post shared by AYDA JEBAT SCREAMER (@ajscreamer) on

Takda jumpa pulak tepi highway comel2 macam ni

Menjengah keruangan Instagram pula, rata-rata netizen dilihat telah meninggalkan komen seakan berseloroh mengenai pemakaian penyanyi wanita tersebut dengan menyamakan dengan pebagai pekerjaan.

Walau bagaimanapun, mereka hanyalah bergurau dan tidak langsung berniat ingin menjatuhkan reputasi Ayda Jebat.

Seluar bomba baju lip lap

Gang bomba nak lalu

Nak pergi buat MRT ke tu?

Macam baru lepas balik kerja off show

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: Ayda Jebat