Video “Berbakat Besar Adik Ni,” MV Macam Gorillaz Dan Suara Seperti Yuna

Siapa sangka lagu yang nampak catchy sampai jadi soundtrack untuk animasi The Amazing Awang Khenit ini rupa-rupanya dicipta oleh remaja 14 tahun malah suara pun sedap!

Sekali dengar suara persis Yuna, tapi suara yang menyanyikan lagi Sanity itu sebenarnya milik gadis 14 tahun bernama Syafiqah Izzaty.

Bakat muda berjiwa besar

Pada mulanya animasi di bawah naungan Sead Studios ini ditayangkan di TV9 namun berpindah ke satu siaran TV di Singapura pada tahun 2016.

Tapi korang juga boleh layan dekat Channel Youtube Sead Studios ni, animasi mereka ni mula menjadi perhatian netizen di Twitter apabila bapa saudaranya Hazbi Ghazali dedahkan yang sountrack untuk animasi ni dinyanyikan oleh Syafizah Izzaty (anak saudaranya)

Dia juga mendedahkan yang lagu Sanity ini 100% cipataan dia sendiri.

Aku rasa nak menangis dengar lagu anak sedara aku ni. Baru tingkatan 2, dah compose lagu sendiri. Siap ada music video sendiri pulak tu. Dah macam Gorillaz! Ayah dia merangkap abang aku, Kartunis Rambai, creator kartun Amazing of Awang Khenit yang produce MV ni.

Dicipta dengan hanya menggunakan aplikasi ‘Garage Band’ di telefon pintar

Perkongsian itu meraih hampir 7,000 jumlah retweets sejak ia dimuat naik semalam. Menurut sumber Projek MM, yafiqah Izzaty Syamsul Ikram mencipta dan menyanyikan lagu tersebut sepenuhnya menerusi aplikasi telefon pintar.

Jurucakap Sead Studio Hamidi Zakaria, 32, berkata bakat Syafiqah Izzaty digilap bapanya yang juga pengarah dan pelukis papan cerita animasi, kartunis Rambai, nama sebenar Syamsul Ikram Ghazali, 47.

Dia menerangkan lagu itu pada awalnya tidak dirancang untuk dijadikan soundtrack, namun begitu disebabkan ramai yang kagum dengan bakat remaja ini, lagu Sanity akan diselitkan di bahagian penutup animasi itu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Lobak Merah