Wawa Zainal k0ngsi foto ‘baby bump’, bayi terlampav aktif dalam perut

Pasangan pelakon Wawa Zainal dan suami, Aeril Zafrel nampaknya tidak sabar menanti kelahiran cahaya mereka yang dijangka akan bersalin November ini.

Walaupun sibuk menguruskan perniagaan dan bercuti di beberapa buah negara, Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin sempat berkongsi perkembangan bayi dalam kandungannya.

Terbaru, pelakon berusia 28 tahun itu memuat naik gambar ‘photoshoot’ bersama suaminya sambil menunjukkan ‘baby bump’ yang jelas kelihatan.

 

View this post on Instagram

 

Nak tanya. Kenapa baby dlm pewut ni terlampau aktif mcm menari kat dlm.. pdhl baru 6m🥴

A post shared by Wawa Zainal ™️ (@w4w4_zainal) on


Menerusi kapsyen, Wawa memberitahu kandungan yang juga bakal cahaya mata ketiganya itu bergerak terlalu aktif walaupun usia baru mencecah enam bulan.

“Nak tanya. Kenapa baby dalam perut ni terlampau aktif macam menari kat dalam. Padahal baru enam bulan,” tulisnya.

Posting berkenaan menerima pelbagai reaksi netizen yang rata-rata mengusik Wawa mengatakan bayi itu mungkin aktif disebabkan ibu bapanya yang gemar melakukan tarian lagu hindustan.

Tidak kurang terdapat segelintir pengikut memuji keserasian pasangan terbabit yang sentiasa romantik dan mendoakan agar hubungan kedua-duanya kekal hingga akhir hayat.

Tak sabar nak menari hindustan kot

Kalau tak berhenti aktif, baik jumpa doktor

‘Baby’ tak sabar nak keluar tu sis!

Suka tengok korang berdua ni!

Semoga terus berkekalan

Sebab ‘mummy’ pun aktif juga!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Wawa Zainal