“Bila tuanku jadi cameraman.” Netizen Ser0nok Liihat Gelagat Raja Permaisuri Ag0ng K0ngsi Video Lawatan Ke Istana Bogor

Seperti yang semua sedia maklum, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berangkat ke Indonesia sempena lawatan negara selama 4 hari bermula 26 Ogos lalu hingga 29 Ogos ini.

Sempena lawatan ke Istana Bogor, Jakarta yang dihoskan Presiden Indonesia, Joko Widodo, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah nampaknya sangat teruja dalam berkongsi pengalamannya di sana bersama netizen di Twitter.

Kongsi video paling mahal… bila tuanku jadi cameraman!

Antara posting Tunku Azizah yang jadi perhatian ramai ialah apabila YDP Agong sendiri merakam wajah isterinya dan suasana Istana Bogor semasa mereka di dalam kenderaan rasmi. Alahai sweet pasangan diraja ni!

https://twitter.com/cheminahsayang/status/1166346207914057728

“Alololo comel betul tuanku…. Relationship goals!”

Rata-rata netizen yang melihat video tersebut kagum dengan hubungan mesra pasangan suami isteri diraja ini yang sentiasa nampak ‘bersemut’ walau di mana mereka berada.

Apa-apapun netizen nampaknya tak sabar-sabar menunggu posting seterusnya dari Raja Permaisuri Agong kita ni.

Kongsi selfie bersama Agong dan Presiden Jokowi

Selain daripada video di atas, Tunku Azizah juga sempat berkongsi posting selfie yang melucukan bersama poster YDP Agong. Ada juga beberapa gambar selfie lain tuanku berdua serta anakanda mereka bersama Presiden Jokowi dan isterinya.

https://twitter.com/cheminahsayang/status/1165937579230777344

https://twitter.com/cheminahsayang/status/1166347923904454656

https://twitter.com/cheminahsayang/status/1166354027518595074

Tunku Azizah berduet bersama Melly Goeslow

Di samping itu, lawatan ke Istana Bogor juga meninggalkan kenangan manis buat Tunku Azizah apabila tuanku sempat berduet dengan penyanyi terkenal Indonesia, Melly Goeslow.

https://twitter.com/cheminahsayang/status/1166346351107424256

https://twitter.com/cheminahsayang/status/1166349160280449024

Seronok benar netizen bila tengok ada perkongsian baru daripada Tunku Azizah bersama YDP Agong di Twitter. Keep sharing tuanku! Rakyat jelata tak sabar menantikan posting baru dari tuanku. 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

SUMBER: Lobak merah