“Hon0red And Humbled” Faizal Tahir Berbesar Hati Bila Aliff Syukri Pasang Impian Mahu Berduet

Penyanyi Faizal Tahir merasa berbesar hati dan merendah diri apabila jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri memasang impian untuk berduet dengannya.

Menerusi laman sosial Twitter, Faizal berkongsi satu tweet tentang perkara itu semalam.

“Honored and humbled,” tulis Faizal ringkas apabila mengulang kicau tweet daripada Astro Awani.

Selain Faizal, Aliff turut menyimpan hasrat untuk berkerjasama dengan dua orang penyanyi lelaki popular iaitu Anuar Zain dan Ismail Izzani.

Menerusi artikel semalam, beliau turut memuji dua penyanyi lelaki itu sebagai berbakat dan mahu mengembangkan karier nyanyian seperti mereka berdua.

Di ruangan komen, ramai netizen yang mahu Faizal menciptakan sebuah lagu untuk Aliff Syukri.

“Faizal Tahir kalau jadi please buat lagu yang betul-betul untuk dia. Dia minat nak menyanyi tapi tak dapat lagu yang betul-betul bagus,” ujar seorang netizen.

“Faizal ni okay je dengan semua, good vibes only,” puji seorang netizen dengan sikap terbuka Faizal.

Malah, ada juga yang enggan penyanyi kesayangan mereka itu berduet dengan Aliff kerana mahu menjaga reputasi.

“Jaga reputasi bro… Please,” pinta seorang netizen yang tidak mahu Faizal berduet dengan Aliff.

“Kalau FT yang guide Datuk nanti maybe boleh jadi sedap… Cuma harap Datuk betul-betul ikut apa yang sifu ajarkanlah… Lagu dia bole tahan cuma unsur-unsur yang tak patut ada pi tambah dalam MV,” komen seorang netizen memberikan pendapat.

Terkini, Aliff baru sahaja melancarkan lagu terbaru berjudul Cowok Baru, kerjasama dengan dua penyanyi Indonesia, Upiak Isil dan Lucinta Luna.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

SUMBER: Gempak