“Kongsi Video Isteri Dan Anak Dari Dalam Kandungan Hingga Sekarang” Hafiz Mahamad Bikin Ramai Sebak

Hafiz Mahamad nama yang tidak asing lagi dalam instagram kerana beliau salah seorang instafamous yang sering berkongsi video dan gambar bersama anak dan isteri. Beliau juga sering menjadi pujaan followernya kerana perwatakan beliau yang dikatakan agak romantik.

Terbaru beliau telah berkongsi satu video yang di edit khas buat isteri dan anak beliau. Video yang membuat ramai menitiskan airmata. Video menunjukkan isteri beliau di awal kehamilan sehinggalah melahirkan puteri sulungnya Raisya Arisa. Beliau memuatnaik video tersebut dengan menggunakan kapsyen yang boleh meruntun jiwa pembaca.

“Part last buat saya menangis edit video ni, mungkin ayah ayah akan merasai benda ni. Tak tahu nak cerita macamana, kami sangat bahagia bila Allah tambah si kecil ni dalam hidup kami.

Busy memang busy, kerja sampai malam. Mula mula takut tak ada masa untuk anak, tapi Allah permudahkan. Walau sebok macamana pun kami bawa anak ikut bekerja & paling sebak sekali bila anak kami ikut sampai malam mcmana pun dia masih TERSENYUM.

Kalau saya & isteri badan penat, dia baby 2 bulan terbaring mesti sakit belakang dia. Tapi MASIH TERSENYUM & tak merengek kecuali nak susu.

9 bulan isteri saya kandung anak ini, takkan pernah saya sia siakan masa untuk bersama mereka. Biarlah keadaan mcmana pun, janji saya tetap nak bahagiakan mereka dalam apa pun situasi.”

“Ya Allah, permudahkan lah semuanya. Aku usaha ke jalan mu Ya Allah ❤️.” 

VIDEO:

 

View this post on Instagram

 

Part last buat saya menangis edit video ni, mungkin ayah ayah akan merasai benda ni Tak tahu nak cerita macamana, kami sangat bahagia bila Allah tambah si kecil ni dalam hidup kami Busy memang busy, kerja sampai malam. Mula mula takut tak ada masa untuk anak, tapi Allah permudahkan. Walau sebok macamana pun kami bawa anak ikut bekerja & paling sebak sekali bila anak kami ikut sampai malam mcmana pun dia masih TERSENYUM Kalau saya & isteri badan penat, dia baby 2 bulan terbaring mesti sakit belakang dia. Tapi MASIH TERSENYUM & tak merengek kecuali nak susu 9 bulan isteri saya kandung anak ini, takkan pernah saya sia siakan masa untuk bersama mereka. Biarlah keadaan mcmana pun, janji saya tetap nak bahagiakan mereka dalam apa pun situasi Ya Allah, permudahkan lah semuanya. Aku usaha ke jalan mu Ya Allah ❤️

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad) on

KOMEN NETIZEN:

“1 dalam sejuta lelaki mcm awak dlm dunia nie..”

“Ya Allah sebak la tengok video ni..”

“Kenapa daddynyaa makin ada anak makin muda..”

(Teks By Staff KL PRESS)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

SUMBER: Instagram @hafizmahamad Via KL PRESS