‘Rider’ muslimah bikin gempak, ada yang sanggup letak hantaran RM49k

Zaman sekarang ni sahaja bukan kaum lelaki hebat mengendalikan motosikal, malah golongan wanita juga tidak ketinggalan menjadi ‘rider’ supaya senang bergerak kemana-mana tanpa bantuan orang lain.

Baru-baru ini, beberapa keping gambar seorang wanita muslimah tular di laman Facebook yang berjaya menarik perhatian ramai.

“Muslimah rider… Minat tidak menghalang sesuatu hobi,” tulis posting Facebook Arena Motor itu Isnin lalu.

Tiga keping gambar itu kelihatan wanita terbabit memakai jubah biru, tudung labuh purdah berwarna merah jambu yang dipercayai di sebuah bengkel motosikal.

Posting tersebut berjaya meraih perhatian sehingga mendapat 1,300 perkongsian dan 3,100 tanda suka serta pelbagai komen netizen.

Rata-rata netizen meluahkan rasa kagum terhadap wanita berkenaan dan bergurau mengenai wang hantaran yang tinggi.

Kalau yang ni berbaloi hantaran tinggi

Sanggup buat majlis mewah2 demi halalkan awak!

Namun tidak kurang terdapat juga segelintir mengingatkan wanita tersebut agar lebih berhati-hati ketika membawa motosikal dengan penampilan seperti itu.

Jaga2 kain tu

Risau tersangkut kat rantai motor

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Arena Motor