Tak jumpa surau, pemandu Grab sanggup tunggu gadis habis solat

Sekiranya pergi ke satu lokasi yang tidak pernah dikunjungi, semestinya terpingga-pingga mahu mencari arah destinasi yang ingin dituju.

Itu terjadi kepada seorang gadis, Ainul bersama kakaknya yang ingin mencari sebuah surau bagi mengerjakan solat ketika menggunakan perkhidmatan Grab di sekitar Sri Petaling, Kuala Lumpur.

Lebih mengharukan apabila pemandu Grab berbangsa Cina itu sanggup menunggu kakaknya selesai menunaikan solat di tepi jalan kerana sudah terlewat untuk melakukan solat secara jamak.

“Tadi sebab tak biasa dengan kawasan Sri Petaling, aku dengan kakak mencari surau nak solat sebab lokasinya ramai orang Cina.

“Sebab dah terlambat nak jamak & nak masuk waktu Maghrib dah, dia ambil keputusan utnuk solat je kat atas rumput tepi jalan.

“Respek pemandu Grab ni sebab sanggup tunggu kami tadi,” tulisnya di laman Twitter dua hari lalu.

Posting berkenaan tular dengan diulang kicau lebih 1,900 kali dan 2,700 tanda suka serta pelbagai reaksi positif netizen.

Dia memahami kewajipan Muslim

Semoga murah rezeki pakcik tu!

Rasa terharu pulak!

Respek!

Sedikit penjelasan mengenai solat…

‘Solat hormat waktu’

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Ainul