“Berhabis RM20,000 Beli Kelengkapan Permainan Video,” Zahiril Adzim Dapat Jana Pendapatan Buat Keluarga

Pelakon Zahiril Adzim mengakui banyak menghabiskan masa lapangnya dengan bermain permainan video.

Aktif dalam bidang e-sukan, Zahiril atau nama sebenarnya Mohd Zahiril Adzim Mohd Mokhtar, 35, mahu membuktikan pada orang ramai bahawa bermain permainan video ini bukan hanya mendatangkan keburukan sahaja.

“Kalau saya tak berlakon, saya boleh hidup dengan bermain e-sukan ni. Alhamdulillah kini dapat jana pendapatan.

“Saya sudah berjumpa dengan ramai atlet yang bermain permainan video dan menjana pendapatan serta menjadikan arena ini sebagai kerjaya.

“Ramai sebenarnya yang berbakat dalam arena ini dan sampaikan sudah ada yang mewakili negara ke Sukan SEA,” ujarnya kepada Gempak.

Berhabis hampir RM20,000 untuk menyediakan segala kelengkapan permainan video, Zahiril bersyukur isterinya, pelakon Shera Aiyob memahami bidang e-sukan boleh dijadikan sebagai kerjaya.

“Awal-awal isteri saya tanya fasal game itu, tapi saya sudah jelaskan kepadanya yang ramai orang sudah berjaya dalam bidang e-sukan.

“Dia juga turut menyokong minat saya dan meminta saya untuk pandai membahagikan masa antara berlakon dan bermainan permainan video,” ujarnya lagi.

Sedikit perkembangan kerjaya, Zahiril kembali ke layar perak dengan filem lakonannya, Kron yang telah berada di pawagam seluruh negara pada 22 Ogos yang lalu.

Selain Zahiril, Kron turut membariskan pelakon Dayana Roza, Aman Graseka, Opie Zami, Ellie Suriati Omar dan ramai lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

SUMBER: Gempak