“Kenali H0t Mama Yang Rupanya ‘Famili’ Dewi Remaja,” Dah Ada Anak Pun Tetap Anggun

Dewi Remaja 2019 kembali lagi dengan pencarian bakat dan wajah baru, tidak lama lagi.

Sebelum itu, jom imbas antara jelitawan yang pernah menyertai pertandingan Dewi Remaja yang kini sudah pun bergelar ‘hot mama’!

1. Scha Al Yahya

 

View this post on Instagram

 

Pelik ke macam ni 🤔

A post shared by Scha Alyahya™ (@schaalyahya) on

Pemilik nama penuh Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al Yahya merupakan juara Dewi Remaja 2005/06 yang telah menewaskan Ivy Lee (naib juara) dan Izreen Azminda (tempat ketiga).

Telah mendirikan rumah tangga bersama pelakon, pengacara dan model Awal Ashaari pada Mei 2012, pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Lara Alana yang kini berusia lima tahun.

Memiliki 4.9 juta pengikut di Instagram, Scha antara Dewi yang berjaya mengangkat namanya ke persada dunia dengan mengeluarkan produknya sendiri.

 2. Anzalna

Sebut sahaja nama Anzalna, pasti terlintas akan figura berambut ikal mayang ini.

Berusia 31 tahun, Anzalna merupakan finalis Dewi Remaja 2009/10.

Anzalna selamat melahirkan anak sulung, Mohamad Eidrees pada 31 Mei lalu setelah tiga tahun mendirikan rumah tangga dengan Hanif Zaki pada Februari 2016. 

3. Mawar Rashid

Fasih berbahasa Thailand, Mawar Rashid merupakan Dewi Favourite 2014/15.

Pemilik nama penuh Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid telah dikurniakan cahaya mata lelaki, Raden Muhammad Rafeal pada Mac 209 seberat 3.4kg.

Memilih Raden Ahmad Faizal Yaakob (adik kepada Datuk Fazley Yaakob), mereka berkahwin pada November 2017.

4. Ramona Zam Zam

Berusia 29 tahun, Ramona Zam Zam merupakan finalis Dewi Remaja 2009/10.

Memilih jejaka warga Palestin, Rami Alashkar sebagai pasangan hidup, mereka dikurniakan cahaya mata, Ivanna Alashkar yang kini berusia setahun. 

Ramona atau nama sebenarnya Ros Ramona Qadira Mohd Zamzam ini juga memiliki raut wajah bujur sirih.

5. Izreen Azminda

Siapa yang tidak kenal dengan telatah Izreen dengan loghat utaranya, anak kelahiran Perlis ini merupakan tempat ketiga  Dewi Remaja 2005/06. 

Izreen sebelum ini pernah berkahwin dengan seorang jurukamera, Muhammad Riza pada 2012 namun berpisah pada 2014 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Adrian Umar.

Pada Ogos 2018 pula, Izreen memilih pemuzik bebas, Ude Wahid sebagai pasangan hidupnya dan mereka dikurniakan anak lelaki, Aaron Ibrahim. 

6. Syatilla Melvin

Si cantik, Syatilla Melvin merupakan finalis Dewi Remaja 2009/10.

Meski dikurniakan dua orang cahaya mata, namun Syatilla persis ‘anak dara’ kerana amat menitik beratkan perihal kecantikan.

Syatilla telah berkahwin dengan Shaheizy Sam pada Februari 2016 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Syeriv Samheizy dan Sarima Samheizy. 

7. Rita Rudaini

 

View this post on Instagram

 

Hero mommy…sy bukan nak anak sy jd pemain bola sepak…sy cuma support minat…sy xde la nk ambik serius or mengamuk klau anak xdpt main,nama xselected…smua tu bukan hal sy…smu bole ckp ‘ank aku bagus’ ‘ank aku cerdik’ ‘ank aku pandai main bola’ …tp sy xkan,sy malu nk puji ank sendiri dekat org…biaq org sj yg bg pujian kt ank sy ….ank sy pandai kt sekolah ke biar cikgu yg nilai..ank sy pandai or xpandai main bola ke biar coach je yg nilai…tugas sy hanya bg support,antar ambik,bg semangat n nasihat pd ank…sape sy utk tentukn mana ‘kedudukan’ ank sy? Sy tidak akan masuk campor setiap urusan ank2 di luar…tggjwb kt sek pd cikgu,tggjwb kt padang pd coach…tggjwb di rumah hanya pd sy …sy support minat mereka,sy serah pd coach…naik nama,syukur…xde nama,cuba lg..buat yg lebih baik itu pesan sy selalu pd mereka…..ada yg ank baru kecik main bola,mak bpk dah demand n sombong sbb ank pandai main..hancur minat ank2 smua punca dr mak bpk sendiri…kecik2 ank dah ckp besar menyombong sbb perangai contoh dpn mata….blum jd player sebenar lg 😂 haiih dpn mata mcm2 perangai terkejut sy tgk…pd sy,kesian nya ank…x kemana klau belagak angkuh sombong…attitude adalah salah satu punca utama utk turun naik jatuh nya seseorg…..wahai parents…lps kan lah mereka bermain,kecik lagi..bina attitude ank2,ikut resmi padi ‘makin berisi makin tunduk’ jgn ikut resmi lalang ‘semakin tegak tiada berisi’ ….jauh lg perjalanan mereka…jaga attitude kita dpn mereka kerana kita adalah contoh terdekat n kita adalah adiwira idola mereka sejak kecil…😉

A post shared by Rita Rudaini (@ritrud727) on

Kini sudah mencecah usia 43 tahun, namun Rita Rudaini masih kelihatan cantik dan muda. 

Rita merupakan finalis Dewi Remaja 1997/98.

Namanya mula dikenali menerusi filem seram, Mistik arahan Prof Abdul Razak Mohaideen, Rita dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Qaqa Arjuna dan Airit Rayyan Rizqin. 

Rita pernah berkahwin dengan Akbar Shaari pada tahun 1999 dan bercerai pada 2001. 

Kemudian, Rita berkahwin dengan pemain bola sepak kebangsaan,Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak pada 2008 dan mereka bercerai pada 2013. 

8. Rozita Che Wan

 

View this post on Instagram

 

Posing apa la yang kaki teqangkat tu 😜 @aaisyahdhiarana111

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on

Siapa yang tidak kenal dengan figura tinggi lampai, Rozita Che Wan atau mesra disapa Che Ta ini.

Tidak pernah gagal dalam berfesyen, Che Ta merupakan finalis Dewi Remaja 1994/1995.

Pada tahun 2013, Che Ta dijodohkan dengan suami yang 11 tahun lebih muda darinya,iaitu Zain Saidin, mereka  dikurniakan nak perempuan, Aaisyah Dhia Rana.

Che Ta sebelum itu pernah berkahwin pada 1995 dan bercerai pada 2003.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Ammar Effendy dan Aniq Ezzra.

Kepada gadis diluar sana yang mahu menghadiri ujibakat Dewi Remaja,berikut adalah butirannya.

UJIBAKAT DEWI REMAJA 2019

• Tarikh: 07, 08, 14 & 15 September

• Lokasi : Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam

• Masa : 9am – 4pm (kaunter ditutup) .

Syarat Penyertaan :

• Perempuan & bujang

• 18 – 24 tahun

• Warganegara Malaysia.

• Personaliti menarik.

• Wajib 1 naskah majalah REMAJA edisi Julai-September 2019.

(Naskah juga boleh didapati daripada kaunter pendaftaran pada tarikh ujibakat)

• Wajib 1 keping gambar berukuran 4R & 1 keping salinan kad pengenalan.

• Pakaian : Baju putih, seluar jeans biru & kasut tumit tinggi hitam.

• Gadis berhijab digalakkan, warna tudung bebas.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

SUMBER: MH