“Kenapa Lelaki Melayu Tak Senang Duduk” Dilabel Mata Duitan, Intan Najuwa Padam Video Tunang

Gara-gara memuat naik video momen-momen indah bersama tunang tersayang, pelakon kecil molek Intan Najuwa telah menerima pelbagai kecaman serta dilabel ‘mata duitan’.

Video yang memaparkan pelakon itu dan tunangannya di dalam sebuah kenderaan mewah, Lamborghini, telah mengundang pelbagai kritikan daripada netizen.

Kenapa lelaki Melayu nak panas b0ntot?

Justeru, baru-baru ini, pelakon drama Tuan Danial telah memuat naik gambar di IG Story berserta dengan kenyataan seperti menyindir golongan lelaki Melayu yang tidak senang melihat video bersama tunangannya.

“Kenapa lelaki-lelaki Melayu semua panas bontot lepas tengok new post I ni? Dah dah pergi kerja…”

Bagaimanapun, selepas menerima pelbagai reaksi yang kurang menyenangkan, video tersebut telah dipadam oleh pelakon berkenaan.

Terdahulu, pelakon Intan Najuwa telah selamat mengikat tali pertunangan bersama jejaka pilihan, seorang ahli perniagaan berusia 38 tahun dalam satu majlis yang serba mewah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

SUMBER: Instagram @intannajuwa