“Tak Suka Jangan Teng0k…” DS Siti Nurhaliza Perjelas Isu 0bsess Dengan Anak Sendiri

Bintang tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memberi reaksi lanjut berhubung ada segelintir pengguna media sosial yang mengkritik tindakan penghibur itu yang dikatakan kerap berkongsi fasal anak, Siti Aafiyah di Instagram.

Mengakui situasi normal apabila dalam ramai yang suka pasti ada juga yang sebaliknya, Tok Ti secara relak dan profesional memberikan pandangannya.

“Saya tak ada apa-apa pendirian terhadap hal berkenaan. Cumanya saya nak jelaskan di sini, kalau ada sesiapa yang tidak berapa gemar suka saya kongsi, jadi jangan tengok.

“Tak suka jangan tengok sebab saya kongsi untuk orang suka tengok perkongsian saya sahaja.

“Kiranya saya kongsi momen Aafiyah di laman media sosial sebab saya pada masa sama mahu simpan memori serta perkembangan Aafiyah sedari kecil,” katanya yang turut menafikan andai ada yang menyifatkan dirinya terlalu obses dengan permata hati sendiri.

“Saya tidaklah obses atau terlampau teruja dengan anak sendiri. Tapi tidak mengapalah sebab rasanya orang yang cakap macam tu mungkin dia ada anak yang ramai, memandangkan saya sekitar 11 tahun tunggu baru dapat anak seorang.

“Yang penting, kalau boleh saya tidak mahu tertinggal satu momen pun dengan Aafiyah, InsyaAllah,” kongsi Tok Ti.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on

Dalam perkembangan lain, Tok Ti yang kini turut diangkat sebagai Ikon Selebriti Kayuhan Wanita juga bakal ikut serta menyertai program berkenaan yang bakal berlangsung pada 26 Oktober depan.

Di samping itu, penyanyi kelahiran Kuala Lipis, Pahang ini menyarankan agar semua wanita di luar sana untuk memberi sokongan dengan menyertai program yang penuh makna ini.

Apatah lagi, ia dijalankan bagi menyemaraklan lagi semangat sambutan kemerdekaan negara tahun ini.

“Program ini diadakan bagi untuk memperkasakan lagi kaum wanita di samping untuk menyambut hari kemerdekaan negara kita yang ke-62 tahun.

“InsyaAllah saya akan bersama-sama para wanita lain untuk menjayakan program kayuhan tersebut dan saya harap matlamat ini tercapai dengan sukses.

“Ayuh kita sama-sama daftar dan kayuh basikal bersama-sama saya,” kata Tok Ti optimis.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

SUMBER: MH