“Aeril Zafril Is Sitting Next To That Lisa Surihani,” Wajah Serupa Aeril Zafrel, Yusuf Bahrin Pula Buat Ramai ‘Cair’

Selepas Ben Amir dikatakan mirip Lisa Surihani, wajah pelakon Sweet Dreams, Yusuf Bahrin yang memegang watak Dr Amar pula saling tidak tumpah seperti Aeril Zafrel.

Menerusi ruang komen pelakon ini, netizen acapkali memberi respon bahawa wajahnya seiras suami Wawa Zainal.

Malah ada yang tersilap teka apabila pertama kali melihatkan dalam drama yang dilakonkan pendatang baru ini.

Yusuf, 27, membawa watak sebagai sepupu Qash lakonan Ben Amir.

Sebelum dikenali dalam Sweet Dreams, dia terlebih dahulu dikenali menerusi drama Cik Reen Encik Ngok Ngek Raya dan Kau Yang Pertama.

Anak pertama daripada empat adik beradik ini pernah bergelar jururunding kewangan separuh masa dan pernah membuka salon rambut.

Selain Yusuf dan Ben, drama bersiri popular ini turut menampilkan Mira Filzah, Sean Lee, Datin Seri Nina Juren dan PU Azman.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

SUMBER: Instagram Yusuf Bahrin