“CaI4rkan Kereta Zahirah MacWilson,” Aiman Hanya Gantikan Dengan Bunga Je

Siapa tidak kenal dengan pelakon jelita dan model berdarah kacukan, Zahirah Macwilson yang popular menerusi drama Curi-Curi Cinta.

Baru-baru ini, pelakon berusia 24 tahun itu membuat perkongsian mengenai keretanya yang tercaIar ketika dalam jagaan tunangnya, Aiman Hakim Redza

Kejadian itu dimaklumkan oleh Aiman sendiri kepadanya ketika dia sedang menunggu masa untuk terbang di lapangan terbang.

“Sabar sis, sabar”

Menurut Zahirah, dia menerima panggilan daripada tunangnya itu yang ingin memaklumkan dua perkara iaitu berita buruk dan baik.

Semasa dia mendapat khabar buruk keretanya tercalar, Zahirah mengingatkan dirinya supaya bersabar dan terus sahaja bertanya mengenai berita baik.

Kelakarnya, berita baik itu adalah Aiman memberikan Zahirah lima kuntum bunga peony yang membuatkan dia melupakan kesedihannya.

Tunangnya juga turut meninggalkan komen pada entri itu mengatakan bahawa akan ada bunga peony lagi akan diberi. Bertuah betul Zahirah ni!

Antara komen2 netizen

Kedua pasangan bagai pinang dibelah dua ini mengikat tali pertunangan mereka pada 8 Jun yang lalu di Perth, Australia.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Zahirah Macwilson via OhMyMedia