“Melayu Kot. Lain La Race Lain” ‘BM Challenge’ Vivy Yusof Dikomen Netizen

Niat baik Datin Vivy Yusof membuat ‘BM Challenge’ untuk dirinya bertukar menjadi sebaliknya apabila segelintir netizen mengecam cabaran tersebut.

‘BM Challenge’ yang dilakukan oleh Vivy adalah apabila dia akan menggunakan Bahasa Malaysia (Bahasa Melayu) sepenuhnya dalam pertuturan selama sehari.

Pertuturan dan perbualan Vivy dirakam dan dimuat naik sendiri ke Instagram Stories milik Vivy sebagai satu cabaran untuk dirinya.

Namun niat Vivy dianggap sesetengah netizen sebagai memalukan kerana Vivy sendiri berketurunan Melayu dan sepatutnya fasih berbahasa Melayu.

“Vivy cakap BM Challenge tu sumpah poyo and acah. ko Melayu kot. Lain la race lain. Challenge lak jugak”, tulis @nabilahudatahar di Twitternya yang mendapat lebih 7 ribu Retweets dan 6 Ribu Likes.

Malah ramai warga Twitter lain menyokong apa yang dikatakan oleh Nabila Huda Tahar tersebut, sehinggakan nama Vivy sendiri turut trending di Twitter.

Namun Vivy tidak begitu terkesan dengan apa yang ditulis oleh sesetengah warganet.

“I get haters every single day.

“Don’t take yourself too seriously! Need to have a sense of humour,” komen Vivy di ruangan IG Storiesnya.

“Some people will like you, some people will hate you. And that’s ok!

“So just work. Or eat ice cream,” seloroh Vivy.

Selepas tamat belajar dan kembali ke Malaysia, Vivy berkahwin dengan rakan sekolejnya ketika di United Kingdom, Fadzarudin Shah Anuar pada 2012.

Pasangan ini dikurniakan tiga cahayamata iaitu Daniel Azim Shah, Mariam Iman Shah dan Sarah Ilham Shah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

SUMBER: Twitter & Instagram