“Saya Dan Sufian Suhaimi Bawa Dia Ke Hulu Langat Untuk Berubat…” Caprice K0ngsi Masalah Sebenar Zyn Nakal

Baru-baru ini, kecoh di media sosial membabitkan penyanyi baru Zyn Nakal apabila ‘screenshot’ memaparkan perbualannya bersama pengarah muzik sebuah stesen radio tular.

Rata-rata netizen menganggap ayat digunakan Zyn agak keterlaluan dan tidak beradab.

Namun, video terbaru dimuat naik oleh rapper, Caprice mungkin menjawab persoalan ramai berhubung situasi yang berlaku terhadap Zyn.

Menurut Caprice, apa yang dilihat di sosial media Zyn sejak dua minggu lalu itu bukanlah diri sebenarnya penyanyi tersebut.

Menurutnya, sesiapa saja yang rapat termasuk kawan baiknya pastinya tidak akan mempercayai semua itu dilakukan oleh Zyn.

“Tanyalah semua yang rapat dengan dia, itu bukan Zyn.

“Dia tak balik rumah, tak tidur empat hari, dia bergaduh dengan ramai orang termasuk Rusa Music dan radio Era,” katanya.

Jelas Caprice lagi, dia dan penyanyi Sufian Suhami turut membawa Zyn untuk berubat di Hulu Langat selepas bimbang jika terdapat gangguan makhluk halus.

“Kami syak ada gangguan yang berlaku terhadap Zyn, jadi saya dan Sufian bawa dia ke Hulu Langat. Namun tiada apa pun yang mengganggunya.

“Mungkin sakit jiwa, Insya-Allah dia akan dapat bantuan professional,” katanya.

Menerusi video tersebut juga Caprice terus memohon maaf atas kesalahan dan masalah yang ditimbulkan penyanyi yang popular dengan lagu Terbang itu.

“Saya harap semua doakan terbaik buat Zyn,” katanya.

Sementara itu menerusi ruang komen pada video tersebut, Sufian turut menjelaskan mengapa dia tidak menceritakan masalah berkenaan di media sosial.

Menurut Sufian, dia bimbang orang ramai akan menganggap perkara yang menimpa Zyn merupakan sebahagian daripada gimik.

“Realitinya saya akan lakukan terbaik untuk kembalikan Zyn. Dia ada tapi dia tak ada.

“Saya tak ada ramai kawan, yang ada ni kita jaga antara satu sama lain,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

SUMBER: Instagram @capriceofficial