“Sl0w Pr0gress Is Better Than N0ne” Individu Ini Tegur Fasal Avrat, Ini Resp0n Sharifah Sakinah

Pelakon versatil, Sharifah Sakinah telah menerima kritikan daripada warganet gara-gara berkongsi sekeping foto sambil mengayakan fesyen berkemban, beberapa hari lalu.

Lalu, bintang drama bersiri Girlfriend Aku Dari Neraka itu ada mendedahkan perbualan ‘direct message’ bersama seorang individu menerusi salah satu postingnya di Instagram.

Menerusi entri berkenaan, kelihatan individu itu telah memberikan nasihat mengenai aurat kepada Sakinah.

“Salam, just nk tegur tutup lah avrat , kalau ya tk bokeh pakai tudung at least jgn pakai mcm tel4njang,” tulis individu berkenaan.

Lalu, pelakon berusia 30 tahun itu membalas teguran serta nasihat daripada individu tersebut.

“Dah berubah sikit sikit. Asalnya tel4njang ni dah tutup sikit dengan skirt and singlet ada progress kan,” balas Sakinah.

 

View this post on Instagram

 

#keeponpraying 🧕 🤲

A post shared by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah) on

Menjengah di ruangan komen entri tersebut, netizen ada memberikan luahan terhadap reaksi ibu kepada seorang cahaya mata itu.

Rata-rata netizen merasakan Sakinah tidak sepatutnya menjawab dengan jawapan sedemikian.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

SUMBER: Instagram Sharifah Sakinah