“Bakal Bersanding Di Bali Dan Akad Nikah Di Malaysia” Zul Ariffin

Pelakon lelaki terkenal yang tidak asing lagi dalam industri seni iaitu Zul Ariffin yang menjadi kegillaaan ramai gadis-gadis diluarsana kerana berbadan sado. Beliau bakal menamatkan zaman bujang dan mendirikan rumahtangga dengan pilihan hatinya sendiri.

Katanya lagi, perkahwinan menuntut k0mitmen serta tanggungjawab besar dan tidak mahu terbawa-bawa perangai lama. Malah, dalam soal lakonan juga dia akan lebih selektif untuk menjaga perasaan isterinya kelak.

“Saya tidak mahu pasangan teraniiaya jika saya masih terbawa-bawa dengan perangai lama. Begitu juga dalam soal lakonan, saya perlu lebih selektif bagi menghormati perasaannya. Banyak peng0rbanan perlu saya lakukan sebagai persediaan menjadi suami.

“Saya pandang tinggi soal perkahwinan dan mahu melangkah ke alam rumah tangga dengan penuh rasa tanggungjawab. Jadi, saya harus perbetulkan diri, termasuk menjauhi perkara yang tidak enak pada pandangan mata,” katanya.

Enggan mendedahkan identiti wanita yang mencvri hatinya, Zul berkata dia akan memperkenalkan bakal isterinya itu apabila tiba masanya nanti. Menurut Zul, dia merancang mengadakan majlis akad nikah di Malaysia, manakala majlis resepsi diadakan di Bali, Indonesia.

“Untuk majlis resepsi, saya serahkan kepada pihak perempuan. Saya juga ada majlis perkahwinan impian, mungkin saya pilih Bali. Tidak perlu majlis besar-besaran, sebaliknya memadai bersederhana,” katanya.

Apa-apa pun min doakan Zul bahagia dengan pasangan pilihan dan berharap jodoh itu akan kekal sampai ke jannah.. Sama-samalah kita doakan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

SUMBER: Rotikaya