“Mira Filzah Kongsi Foto Percutian Bersama Keluarga Di Amerika Syarikat” Dipuji Netizen

Pelakon Mira Filzah mengambil masa untuk berehat daripada kegiatan seni dengan bercuti ke Amerika Syarikat (AS).

 

View this post on Instagram

 

#nelsonghosttown #southwestusaroadtrip

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah) on

Menerusi laman sosial Instagram, Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 26, berkongsi beberapa foto percutian yang turut disertai oleh seluruh ahli keluarganya.

“Precious time with precious people,” tulis Mira ringkas di ruangan kapsyen.

Kerap memuat naik foto percutian, Mira mencuri tumpuan dengan melawat beberapa kawasan gurun yang terkenal di AS antaranya Coral Pink Sand Dunes Park, Nelson Ghost Town dan Zion National Park.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji foto percutian Mira yang cantik.

 

View this post on Instagram

 

Precious time with precious people. ❤️ #southwestusaroadtrip

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah) on

Tidak kurang juga yang mencemburui momen Mira bercuti di AS bersama keluarganya.

“Cantiknyaaaaa dia!” puji seorang netizen.

“What a beautiful family,” komen seorang netizen.

“Family semua flawless!” ujar seorang netizen.

“Muka photostat semua,” kata seorang netizen lagi.

Dalam perkembangan lain, Mira kini membintangi karya terbaru Khabir Bhathia berjudul Sangkar.

Turut dibarisi Remy Ishak dan Zul Ariffin, filem ini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara termasuk Brunei dan Singapura.

Dalam pada itu, drama bersiri lakonan Mira, Sweet Dreams semakin sampai ke penghujungnya. Drama bersiri arahan Michael Ang ini diinspirasikan dari novel popular berjudul sama karya penulis Acik Lana.

Selain Mira, drama bersiri ini turut menampilkan lakonan Ben Amir, Sean Lee, Yuna Rahim, Datin Seri Nina Juren, PU Azman, Yusuf Bahrin dan ramai lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

SUMBER: Instagram @mfmirafilzah