“Hari Menanti Hari..” Khatam Al-Quran Pada Usia 27 Tahun, Nadzmi Adhwa Beri Bayangan Bakal Bernikah

Awal semalam, pelakon Nadzmi Adhwa ada memalumkan berita gembira apabila dia mengumumkan sudah berjaya khatam al-Quran pada usia 27 tahun.

Meski ia dirasakan agak lewat, bagaimanapun usaha bintang ini nyata mendapat pujian ramai.

Nadzmi turut berkongsi momen sekitar majlis khatam al-Qurannya menerusi Insta Stories.

“Alhamdulillah. Selesai satu tuntutan. Masih banyak kekurangan banyak lagi kena belajar dan terus belajar. Umur 27 Baru nak khatam.

“Sesungguhnya sangat berharga al quran ini pada saya. Tak ternilai harganya. Tiada kata yang mampu saya ucapkan,” tulisnya.

Bagaimanapun pada kapsyen akhir, Nadzmi seperti memberikan bayangan sesuatu apabila meminta agar semua mendoakan yang terbaik untuk dirinya, dalam hari meniti hari.

“Semoga Allah permudahkan segalanya bagi saya. Dan memberikan keberkatan dalam hidup saya.

“Hari menanti hari. Doa yang baik baik buat saya ya. Hari yang sangat bermakna buat saya,” maklum Nadzmi lalu mendapat reaksi pelbagai di ruangan komen.

Malah, respon yang diberikan rakan selebriti juga turut menjadi tanda tanya, sama ada mungkin Nadzmi bakal akhiri zaman bujang, tidak lama lagi.

Kalaulah betul… siapa gerangan gadis bertuah tu ya?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

SUMBER: Instgram Nadzmi Adhwa