“Saya Dan Ibu Memang Peminat Emas” Elly Mazlein

Pelakon dan penyanyi Elly Mazlein terkenang memori membeli barang kemas bersama arwah ibunya, Sabariah Ahmad sewaktu dia masih kecil.

Menurut Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 39, dia dan arwah ibu sememangnya meminati aksesori mewah ini tidak kira rantai leher, rantai tangan, gelang kaki mahupun cincin.

“Saya dan mama memang peminat barangan kemas terutamanya dari Habib. Daripada dulu lagi, Habib Ampang Point inilah menjadi destinasi kami mencari barangan kemas.

“Tapi bila kami dah berpindah ke Cyberjaya, kami memilih Habib Alamanda,” ujar Elly.

Arwaah ibu Elly menghembuskan nafas terakhir pada 11 Mei 2014.

Malah, Elly turut teruja apabila dia turut akan mengenakan barangan kemas daripada Habib untuk hari bahagianya kelak.

Elly ditemui ketika membuat kemunculan khas pada majlis pelancaran jualan Bazar Merdeka Habib bertempat di Habib Ampang Point sebentar tadi.

Pada majlis itu, Habib turut memperkenalkan koleksi merdeka istimewa dengan perincian batu pertama delima, zamrud, safir dan berlian yang unik.

Meraikan 61 tahun penglibatan mereka bertapak di negara ini, Habib melakar sejarah seiring dengan 62 tahun merdekanya Malaysia.

Jualan merdeka Habib kini berlangsung di semua 30 bilik pameran Habib seluruh negara sehingga 2 September ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

SUMBER: Gempak