“Tiz Zaqyah Pun Layan Bundle Jer,” Peminat Puji Sikap Rendah Dirinya

Pelakon, Tiz Zaqyah ada berkongsi sekeping foto menerusi akaun Twitter miliknya. Kongsi bintang drama bersiri Nur Kasih itu, dia telah memakai baju jaket yang dibelinya dari sebuah kedai ‘bundle’.

Malah, pelakon berusia 30 tahun itu turut berkongsi gambar ketika mengayakan jaket tersebut.

“Denim jacket for #bundlechallenge,” tulisnya.

Lantas, perkongsian bintang kelahiran Kuala Lumpur ini mendapat pujian daripada peminat. Rata-rata peminat memuji sikap rendah diri Tiz yang memakai pakaian bundle atau pakaian terpakai.

Di samping itu, peminat juga turut berkata wajah Tiz seakan persis seperti wajah penyanyi Indonesia, Agnez Monica.

Tidak kisahlah bergelar selebriti atau tidak, amalan berjimat-cermat itukan satu amalan yang bagus. Betul tak? Min rasa tak salah kita pakai pakaian bundle sebab pakaian bundle pun kadang-kadang ada yang lebih mahal cuma barang tu dipanggil barang secondhand. Tak salah benda boleh pakai, yang penting selesa..

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

SUMBER: Twitter Tiz Zaqyah