Kemeriahan penyatuan dua hati antara pasangan pelakon, Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana masih menjadi bualan hangat di laman media sosial.
Majlis perkahwinan pasangan tersebut berlangsung di kediaman keluarga Ardell petang tadi di Seri Kembangan, Selangor.
Difahamkan kira-kira 500 tetamu yang hadir termasuk ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai, kenalan rapat dan rakan media.
Berikut antara posting di sekitar majlis pernikahan pasangan sama cantik sama padan itu yang dikongsi orang ramai di Instagram berserta tanda pagar #adhwaardell.
Terdahulu, mereka mengenali antara satu sama lain sejak tahun 2011 dan mula rapat kira-kira empat tahun lalu selepas berlakon bersama dalam satu drama.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS
Sumber : Instagram