Ramai terkejut lihat penampilan terkini pelakon Syanie makin kuruus.

Ramai terkejut lihat penampilan terkini pelakon syanie makin kuruus! Masih ingat Syanie, pelakon wanita berbaddan gemmpaI yang pernah menyinari industri seni suatu ketika dahulu. Antara filem-filem popularnya termasuk Senario The Movie, Senario Lagi, Biar Betul,  dan banyak lagi.

Beliau juga aktif berniaga pizza yang popular dengan jenama Twisted Pizza

Semoga beliau semakin sihat supaya tampil segar sentiasa! Berikut kami kongsikan foto-foto terbarunya yang diperoleh daripada akaun laman sosial tersebut.

Mahu atau tidak, pengalaman pahit sebenarnya banyak ‘berjasa’ kepada diri kita walaupun ia pedih untuk dikenang. Dalam masa yang sama, pastinya ada hikmah yang tersembunyi pada setiap yang terjadi. Reda  dan sentiasa positif, itulah gambaran yang tepat buat pelakon bersaiz besar Syanie atau nama sebenarnya Syaniza Hisham, 45, setelah dua kali gagal dalam perkahwinan.

Bagi Syanie, perpisahan dengan suami pertama pada 2002 dan suami kedua pula pada 2015 sudah cukup membuatkannya berasa serik untuk berkahwin lagi.

“Pengalaman berkahwin dan bercerrai banyak mematangkan saya untuk menjadi insan yang lebih baik dan menghargai apa yang ada di sekeliling saya. Apa yang paling terkesan, pengalaman ini mengajar saya apa itu erti cinta yang sebenar. “Tipulah kalau saya cakap tidak kecewa dengan percerraian yang berlaku. Siapa yang mahu rumah tangga mereka hancvr?

“Saya reda dengan kegagalan ini. Rasanya dua kali berkahwin sudah cukup dan saya tak mahu memikirkan hal nikah kahwin dan jodoh lagi.  Sudah cukuplah apa yang saya lalui sebelum ini,” luah Syanie.

Bagaimanapun, Syanie mengakui seronok melihat percintaan dan perkahwinan rakan-rakan lain yang bahagia.

“Sejujurnya saya percaya pada cinta. Cinta itu memang indah, tetapi saya perlu terima hakikat yang cinta itu bukan milik saya. Mungkin orang lain bahagia dengan cinta seorang lelaki tetapi saya bukan tergolong dalam wanita yang bahagia itu.

“Biarlah saya tidak bercinta dengan lelaki lagi asalkan saya masih ada ibu yang perlu dijaga. Ibu segala-galanya sekarang,” kata anak kepada produser Ruhanie Abdul Rahman ini.

Malah kata Syanie, dia sudah lama melupakan pengalaman dengan bekas suami  dan gembira menjalani kehidupan ketika ini.

Syanie cuba menjadikan dirinya seorang yang positif. Baginya, kebahagiaan itu bukan hanya terletak kepada perkahwinan tetapi bagaimana kita menjalani hidup.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber Iluminasi & UtusanOnline