“Bola Menghempas Dengan Selamber Kat Muka..” Dira Abu Zahar Dedah Rahang Sedikit Senget

Pelakon Dira Abu Zahar atau nama sebenarnya Khaidiriah Abu Zahar ada berkongsi sekeping foto menerusi akaun Instagram miliknya.

Bintang kelahiran Merlimau, Melaka ini ada berkongsi kisah pengalaman pahit yang pernah menimpa dirinya mengenai rahang di wajah yang kelihatan sedikit senget.

Semuanya gara-gara mengalami kecederaan ketika bermain bola baling sewaktu usia remaja.

“Yes. My jaw actually a bit senget sbb hasil drpd bersidang kat padang bola baling.

“Bola menghempas dgn slumber kat muka sis and rahang sis mcm lari ke Lombok kejap.

“Ada cubaan nak betulkan tapi mcm dah ok je so let it be lah. But actually, I was very much involved with netball.

“Girl school kan? Itu dulu. Skrg ni xyah tanya. Pemalas paling champion bila bab bersukan. Ok dah,” tulisnya.

Dalam pada itu, bintang berusia 35 tahun itu turur memberi kata-kata semangat kepada kaum ibu untuk terus bersemangat.

“Itu je utk mak2 yg bercuti Sbb Jaga anak2 day. I know I’m not alone. There are thousands of moms out there going through the same kinda day like me.

“We’re champion everyday. Tapi! Esok keje mcm biasa. Woot woot. #tiberr #betulapa. #esokkejelah,” tulisnya.

Meski ada berkongsi pengalaman berkenaan, rata-rata peminat masih memuji wajah Dira yang sentiasa kelihatan jelita dan awet muda.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

SUMBER: Instagram Dira Abu Zahar