“Dikomen Macam Budak2 Asyik Rakam Foto,” Netizen Tampil Pertahankan Tunku Azizah

Kerap merakam gambar di beberapa majlis rasmi, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dikecam seorang individu yang menggunakan akaun @Finalana di laman Twitter.

Individu tersebut mengkritik tindakan Tunku Azizah yang kelihatan sering merakam gambar terutama ketika sambutan Hari Kebangsaan pada Sabtu lalu.

Perkara berkenaan mendapat reaksi balas Tunku Azizah sendiri yang menyatakan bahawa baginda hanya mengikut arahan Agong ketika sambutan di Dataran Putrajaya itu.

“The King asked me to take photos… I only followed the Kings command… Thank you for your comment,” balas Tunku Azizah.

Warganet tidak mendiamkan diri, sebaliknya tampil mempertahankan Tunku Azizah dengan memohon agar baginda tidak melayan individu terbabit.

Tidak kurang ada juga netizen ingin berterusan melihat gelagat Tunku Azizah yang dianggap comel serta menghiburkan hati rakyat.

Jadi diri sendiri Tunku!

Abaikan je akaun palsu tu!

Patik ‘enjoy’ dengan gelagat Tunku!

Kami sayang Tunku!

Abaikan saja orang macam tu!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Tunku Azizah