“Gara2 ‘hadiah istimewa’ Fazura,” tak pasal2 Shuib Dan Fizi dikafankan

Tidak lama sahaja lagi filem terbaru lakonan aktres jelita, Fazura, bertajuk ‘Pontianak’ bakal ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia.

Selaku teraju utama, baru-baru ini isteri kepada Fattah Amin telah datang sebagai tetamu jemput di siaran radio Hot FM bagi mempromosikan filem tersebut.

Dapat hadiah kain kapan…

Rancangan Geng Pagi Hot yang dikendalikan oleh Shuib, Fizi dan Syuk sebagai penyampai, telah menerima sedikit kejutan apabila Fazura telah membawa ‘hadiah’ istimewa buat mereka.

Menerusi rakaman yang dimuat naik di dalam laman Instagram Hot FM, memaparkan ‘hadiah’ istimewa itu merupakan kain kapan, yang perlu dipakai oleh Fizi dan Shuib.

Kain kapan pun nak buat main…

Namun, ada dalam kalangan netizen menyifatkan gimik memakai kain kafan tersebut dianggap seakan-akan mempersendakan dan tidak perlu dijadikan satu bahan gurauan.

Janganlah terlalu serius, mana tahu dalam mereka berseloroh sebenarnya sudah terbit rasa insaf apabila mengenakan kain kafan tersebut, kerana ia mengingatkan pada kematian.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Hot FM