Buat bakal pengantin, apabila melihat kemeriahan majlis pasangan lain sudah semestinya ada yang memasang impian untuk memiliki majlis perkahwinan serba meriah.
Namun, berbeza buat pasangan suami isteri ini, apabila bercerita mengenai majlis perkahwinan mereka yang serba sederhana, ada yang mempersoalkan mengapa tidak semeriah seperti majlis orang lain.
Dalam satu perkongsian di Facebook, si isteri menggunakan nama akaun Pinggan Terbang telah memberi respon bagaimana dia dan suami mampu melangsungkan perkahwinan dengan bajet bawah RM1,000! Ikuti coretan kisah wanita ini…
Tiada pelamin, tiada jurugambar…
Tiada ibu ayah, hanya ada adik-beradik, sahabat, jiran dan guru2….
Total majlis perkahwinan bawah RM 1,000
Kami pernah hidup susah sama2 dan dia terima kekurangan aku…
Jangan pandang rendah pada orang biasa2, hormat cara orang lain urus hidup dia
Setiap orang mempunyai cara yang berbeza dalam menguruskan hidup mereka, ada yang berkemampuan dan ada juga yang tidak. Tapi jika betul cara dan bijak kita menguruskannya, sudah pasti kita dapat mengecapi kebahagiaan dengan cara kita sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS
Sumber : Pinggan Terbang