“Budu Dan Cincaluk Tak Bawa Sama Ke,” Bawa Petai Daki Gunung Everest Base Camp, Gelagat Azhan Rani Cuit Hati

Berkongsi perjalanan mengikuti ekspedisi pendakian ke Everest Base Camp di Nepal, pelakon Azhan Rani cuba menggapai impian dalam misi menakluki puncak tertinggi.

Menariknya menerusi muat naik terbaru, pelakon hebat ini sempat menunjukkan beberapa tangkai petai digantung di tepi beg galas dengan kata-kata pujangga Melayu.

Takkan Melayu hilang di dunia,” tulisnya.

Terhibur dengan keletah pelakon Nur 2 ini, netizen meninggalkan reaksi masing-masing di ruang komen.

Menurut jadual, dia memulakan ekspedisi pendakian ke Everest Base Camp (EBC) dan Gunung Kallapathar bermula hari ini (31 Ogos) hingga 16 September nanti.

Mereka menggalas cabaran mengibarkan Jalur Gemilang gergasi setinggi enam meter dan 12 meter lebar serta seberat 11 kilogram di EBC yang berketinggian 5,364 meter dari aras laut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

SUMBER: Instagram Azhan Rani