“Dulu Saya Pun Mengaku B0doh Kalau Cakap Bahasa Melayu” Sharifah Amani

Pasti ramai masih ingat lagi dengan kenyataan pelakon Sharifah Amani, “I sound stupid if I speak Malay” beberapa tahun lalu yang mencetuskan kontr0versi.

Bagaimanapun, Amani mengakui ketika di awal kemunculannya dalam industri tanah air dia lemah berbahasa Melayu. Katanya lagi, ketika itu dia tiada niat untuk berasa bangga dengan kebolehannya fasih berbahasa Inggeris.

“Nani dulu pun mengaku bodoh cakap bahasa Melayu. Nani bagi tau semua orang bukan fasal bangga tapi Nani jujur.

“Mungkin cara tu silap tapi itu cara Nani nak minta tolong kot. Masa tu Nani kena kecam teruk, tapi walaupun dah bertahun tetap orang guna point sama. Nani dah usaha macam-macam untuk lagi fasih bertutur bahasa Melayu.

Dalam pada itu, Amani berkata segala k3caman dan kata hlnaan yang diterima membuatkan dirinya bertutur dalam bahasa Melayu jauh lebih baik.

“Dulu masa kena kecam teruk Nani jadi lagi jauh dengan bahasa Melayu dan jadi fobia. Pergi mana-mana je ada yang nak kvtuk, nak hlna. Terus takut nak berbahasa Melayu.

“Tapi Alhamdulillah masa tu ada Sharulezad, Bahri, Isma semua dekat set. Korang tak judge Nani langsung. Lagi korang love Nani, lagi Nani berani nak berbahasa Melayu,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

SUMBER: Rotikaya