“Kami Bersetuju Untuk Berpisah Selepas Usaha Membaik Pulih Perkahwinan Tidak Berjaya,” Noor Nabila

Noor Nabila Mohd Noor menegaskan keputusannya untuk berpisah bersama suami, pelakon Sharnaaz Ahmad merupakan hasil persetujuan secara bersama selepas usaha untuk memperbaiki hubungan sebagai pasangan suami isteri menemui kegagalan.

Kakak kepada Neelofa itu pada masa sama turut akui rasa terkejut dengan kenyataan balas Sharnaaz sebelum ini.

“Saya agak terkejut dengan kenyataan balasnya (Sharnaaz), seolah-olah dia tidak menjangkakan perkara ini (permohonan cerrai). Sedangkan, kami bersetuju untuk bercerrai selepas usaha untuk membaik pulih perkahwinan tidak berjaya.

“Selain itu, kami juga ingin menyelesaikan permasalahan ini secara baik, damai, aman dan waras. Semua itu dilakukan demi masa depan anak kami, Jebat Jayden.

“Apa sahaja yang terjadi, memang anak yang akan menjadi keutamaan kami, sekarang,” katanya seperti yang dipetik Berita Harian.

Pada masa sama, Nabila turut menambah dia  ada menerima surat perjanjian cerrai daripada Sharnaaz menerusi aplikasi WhatsApp dan pegvam pelakon itu turut menghantar butiran sama menerusi e-mel.

“Saya menerima surat perjanjian cerrai itu daripada Sharnaaz pada 26 Ogos lalu. Dia juga meletakkan beberapa terma percerraian

“Selepas berbincang dengan pegvam saya, kami (saya dan pegvam) bersetuju untuk memfailkan kes ini di mahkamah pada 27 Ogos. Buat masa ini, kami sedang menunggu hari perbicaraan,” katanya lagi.

Ketika ditanya sama ada kemungkinan sikap panas baran suami selain kewujudan orang ketiga dalam hidup lelaki itu sebagai punca mereka bertindak demikian, ini reaksi Nabila;

“Saya tidak mahu komen bab itu. Kami pun sudah tidak tinggal sebumbung, sejak Februari tahun lalu,” jelasnya ringkas.

Baru-baru ini, Nabila didakkwa telah pun memfailkan percerraian terhadap Sharnaaz selepas g0sip mengenai perkara itu diperkatakan ramai.

Malah, perkongsian sekeping foto dipercayai diambil dari Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Duta, di Instagram Story milik Nabila turut menjadi perhatian.

Sharnaaz dan Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Jebat Jayden, setahun.

 

View this post on Instagram

 

Ikuti penjelasannya. #MHnews #MediaHiburan

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber/Foto: Berita Harian/Instagram Nabila