“Kerap Ditanya Siapa Tukang Ambil Foto,” Akhirnya Nazim Othman Buka Mulut

Pelakon kacak, Nazim Othman atau nama sebenarnya Nushrul Alif Othman sering menjadi perhatian peminat di laman media sosial.

Baru-baru ini, pelakon berusia 34 tahun itu gemar berkongsi foto percutiannya di Pulau Maldives di akaun Instagram miliknya.

“Sumpah lawa sampai tak tau nak tulis caption apa. Kalau bumi dah secantik ni, macam mana agaknya kat syurga ek? Eh panjang pulak menaip…~ @finolhu_maldives#borntoplay 
#seasidecollection#barefootchic #islandplayground,” tulisnya.

Lalu, seperti biasa, ada netizen yang mempersoalkan siapakah jurugambar yang telah mengambil foto percutian milik pelakon tersebut.

“siape eh cameraman? @nazimothmanpandai betul amek gambo,” tulis netizen.

Lantas, bintang kelahiran Labuan ini telah membalas persoalan netizen berkenaan.

“carik angle sesiap, pastu set up tripod. Memandangkan saya dah beribu kali photoshoot untuk magazines, dah tau nak posing camner.,” balas Nazim.

Terdahulu, Nazim pernah mendirikan rumah tangga bersama seorang pelakon dan model, Nabilah Ali Dally atau lebih dikenali sebagai Bella Dally pada 10 September 2016.

Bagaimanapun, mereka telah disahkan bercerai pada 2 Mei 2018.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

SUMBER: Instagram Nazim Othman