“Lebih Baik Memiliki 0tak Dvngu Dari Hati Yang Hitam.” Rita Rudaini Angin Dengan Siapa Tu

Aktres jelita Rita Rudaini dilihat meluahkan rasa geram terhadap seorang wanita yang difahamkan sering menjaja cerita buruknya.

Menurut Rita dia menegaskan dirinya tidak pernah mengambil tahu tentang kehidupan individu tersebut.

“Cuba teka dalam gambar tu dia pakai tudung ke costume witch? Asyik menyucuk dan cerita keburukan orang je.

“Aku tak kacau hidup hang pun. Yang tukang dengar tu pulak sama busuk.

“Tak boleh fikir ke, orang yang suka menyampai cerita, burukkan orang lain dalam masa yang sama dia menunjukkan keburukan hati dia sendiri hmm.

“Yang dengar pun sama naik busuk hati. Nak cakap artis ni dungu?

“Kemon makcik lebih baik dungu dari hati busuk. Huduh perangai mung hokk ollohhh,” tulisnya.

Luahan itu dibuat menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.

Pemilik nama sebenar Rita Rudaini Mokhtar menyatakan individu yang berkelakuan seperti itu tidak bahagia dengan kehidupannya.

“Orang macam ni tak ada kehidupan. Hati tak bahagia.

“Ada yang rumah besar, duit banyak belum tentu hati tu tenang dan bahagia.

“Ada yang hari-hari pi kuliah agama sana sini, belum tentu hati bak malaikat.

“Kalau hari-hari hati sakit tengok orang, itu tak kena, ini tak kena, orang tu bodoh, orang ni dungu.

“Ruginya alahai kalau belajar agama tapi hati tetap meronta-ronta nak mengata orang itu ini.

“Lebih baik memiliki otak yang bodoh dan dungu dari memiliki hati yang hitam dan bernanah,” tulisnya lagi.

Pun begitu, Rita tidak tidak pula menyatakan siapa gerangan orang yang membuatkannya naik angin sekaligus meluahkan rasa marah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

SUMBER: Instagram @ritrud727