“Dapat 10A, tapi mak nangis.” Pernah hidup miskin, doktor muda kongsi kisah hiba

Kebanyakkan orang pasti merasai kesusahan dalam mengejar cita-cita. Ada waktu berasa sangat tertekan akibat daripaad kesempitan wang dan juga masalah-masalah lain yang boleh mengakibatkan stress.

Kisah paling miskin dalam hidup

Menerusi satu perkongsian di Twitter, seorang pengguna telah bertanyakan mengenai kesusahan atau kemiskinan yang pernah dirasai oleh seseorang dalam hidup. Muat naik itu telah mendapat pelbagai respon daripada warganet yang sama-sama berkongsi cerita masing-masing.

Paling mencuri tumpuan adalah mengenai kisah seorang doktor muda yang menceritakan perihal kesusahan yang pernah dihadapi oleh keluarganya sehinggakan keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysianya tetap ditangisi oleh ibunya.

Mak nangis sebab minta RM10 nak tengok wayang

Hal itu terjadi kerana ibunya tidak mampu untuk menanggung pembelajarannya ke peringkat lebih tinggi kerana kesempitan wang.

Belajar bersungguh-sungguh

Disebabkan kesusahan yang dihadapinya bersama ibu sejak pemergian bapa tercinta, doktor muda dikenali sebagai Nimelesh telah bertekad untuk belajar bersungguh-sungguh bagi mengubah kemiskinan tersebut.

Mak sedih takut tak dapat masuk universiti

Semasa SPM Nimelesh telah berjaya memperoleh hampir A1 dalam keseluruhan mata pelajaran yang diambil. Namun begitu ibunya masih lagi sedih kerana khuatir dia tidak mendapat tempat di universiti.

Berjaya bergelar doktor perubatan

Berkat usaha dan kesabaran, dia akhirnya berjaya melanjutkan pelajarannya ke Rusia dan kini telah pun bergelar doktor perubatan. Kisah NImelesh ini benar-benar mengundang sebak dan inspirasi kepada para embaca.

Teruslah diberkti selamanya

Sehubungan dengan itu, ramai netizen telah meninggalkan komen dengan menyatakan rasa terinspirasi dengan kisah yang diceritakan olehnya.

Rata-rata memuji dan mendoakan agar doktor muda ini akan mendapat kesenangan dalam hidup dan terus berbakti kepada masyarakat serta keluarganya.

Semoga menjadi iktibar kepada semua

Sangat mengispirasikan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Nimelesh