“Kau Main Gambar Anak Aku Ye, Kau Sabar” IG Ali Puteh Dig0dam

Bintang Muzikal Lawak Superstar (MLS) Ali Puteh akui kecewa dan masih berusaha untuk mendapatkan kembali akaun Instagram(IG)nya yang telah dig0dam baru-baru ini.

Lebih-lebih lagi apabila pengg0dam itu masih menggunakan foto anaknya di dalam akaun Instagram tersebut.

Ali memberitahu perkara itu menerusi akaun terbarunya @aliputeh89 yang dibuka dua hari lalu.

Ali baru sahaja memuat naik empat posting terbaru dan dua daripadanya adalah berkaitan dengan kejadian dig0dam.

“Follow IG baru saya… Maaf IG lama dah diambil orang tak apalah. Dia nak buat duit cara itu, ambil sajalah, esok-esok hari dia pula,”

“Kau main gambar anak aku ye, kau sabar… Rilek je,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

Kau main gambar anak aku ye…kau sabar…rilekkk jer

A post shared by aliputeh89 (@aliputeh89) on

Sehingga kini, akaun terbaru Ali baru sahaja memiliki lebih 6000 pengikut.

Ali dan isteri, Melati Fitri Abdullah bercinta sejak menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Gombak Setia, bergelar suami isteri pada 28 Mei 2016.

Mereka telah dikurniakan seorang puteri, pada 4 November 2017 yang dinamakan Sharifah Nur Aaira Qaireen.

Manakala anak keduanya Ainul Mardhiah dilahirkan di Pusat Rawatan Islam Kohilal, Taman Melawati pada 6 Ogos lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

SUMBER: Instagram @aliputeh89