“Kenapa Org Tu T3mbak Papa” Soalan Anak Sulung Arwwah Mejar Zahir Saat Lihat Jenazzah Bapa Buat Netizen Sebak

Semalam negara dikejutkan dengan berita pemergian anak pelakon veteran AR Badul, Mejar Mohd Zahir Armaya, 36 tahun sewaktu latihan Demonstrasi di Kem Kok Lawi, Kota Kinabalu Sabah.

Namun dalam banyak-banyak berita yang keluar, kisah semalam paling terkesan dihati hasil perkongsian Murni Clarkson ini di facebook.

Semasa ahli keluarga dibenarkan untuk melihat jenazah Mej Zahir, anak sulungnya ni berlari ke sudut masjid menangis, rupanya…

Malam tadi, saya saksikan sendiri impak penularan video kemalangan senjata api yang mengorbankan parajurit negara kepada keluarga mangsa.

Semasa ahli keluarga dibenarkan untuk melihat jenazzah Mej Zahir, anak sulungnya ni berlari ke sudut masjid menangis. Untuk anak sekecil itu, saya yakin dia faham tentang kematian.

Mungkin ramai yang mengganggap kanak-kanak itu sedih di atas pemergian ayahanda yang tercinta, namun apa yang keluar dari mulut kanak-kanak ini cukup untuk membuatkan sesiapa sahaja yang mendengarnya untuk menitiskan air mata.

Tapi tak lama selepas tu anak sulungnya bersuara;

“Kenapa org tu bunuh papa?”

“Kenapa dia tembak papa?”

“Siapa org yg tembak papa?”

“Sy nak cari orang yg tembak papa..”

Dia cuba ditenangkan oleh ibu dan isteri-isteri pegawai yang lain;

“Papa buat latihan, kawan papa tak sengaja.. “ – Dia balas dengan pertanyaan “jadi papa blh hidup balik?”

Anak kecil ni berfikir latihan tak sepatutnya meragut nyawa.

I percaya;

Ada orang tunjuk video itu. Dia tak sepatutnya dipertontonkan kejadian hitam itu. Dalam dunia semuanya dihujung jari ini, menularkan video2 kemalangan seolah-olah mengejar trofi oleh pelbagai pihak. Tidak sensitif dan tidak menghormati keluarga mangsa.

Bayangkan kalau kanak-kanak tersebut dah tengok video ketika arwah ayahnya tertembak? Apa agaknya reaksi kanak-kanak itu? Apa kesannya? Allahu…

Mental trauma ni blh memberi impak negatif kepada perkembangan seorang kanak-kanak.

You wont see the adverse effects until it’s happen to your own family members. Saya dengan rendah hati, memohon buanglah video-video tersebut. Berikan ruang untuk anak-anak arwah meneruskan hidup seperti kanak-kanak lain.

Rata-rata netizen menzahirkan takziah kepada keluarga allahyarham selain mengecam mana-mana individu yang berkongsi video kejadian di media sosial.

Allahu semoga keluarga allahyarham diberi kekuatan untuk meneruskan hidup.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

SUMBER: Lobak Merah