“Mengidam Yang Tembam,” Ismail Izzani Menangis Atas Katil

Pernah tak korang teringin untuk menikmati sejenis makanan, sampai dah tak boleh nak sabar lagi? Terbayang-bayang dan hampir ‘mer0yan’ juga memikirkan kelazatannya.

Itu terjadi kepada penyanyi Ismail Izzani setelah mengidam ingin menjamah lempeng yang ‘tembam’ sehingga merengek-rengek di atas katil.

“Aku tak tahan. Aku dah tak tahan. Aku teringin,” katanya menerusi rakaman video berdurasi seminit itu di laman Instagram.

Aksi ‘mengada-gada’ tersebut mengundang perhatian peminat penyanyi Demi Kita itu dengan memberikan pelbagai reaksi di ruangan komen.

Rata-rata orang ramai terhibur dengan aksi mengidam tersebut yang disifatkan terlalu ‘over’ lebih daripada golongan ibu hamil.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Ismail Izzani