“Saya terkejut apabila dihadiahkan celoreng berdarrah” Bapa Saudara Tak Sedap Hati Apabila Mohd Zahir Hadiahkan Ini

Siapa sangka celoreng berdar4h yang diberikan Mejar Mohd Zahir Armaya kepada bapa saudaranya, Azman Aman Ramlie pada Ogos lalu mungkin petunjuk bahawa Allahyarham akan pergi buat selamanya.

Sungguhpun terkejut dengan pemberian itu, Azman bagaimanapun tidak mahu memikirkan dengan terlalu serius mengenainya.

“ Saya terkejut apabila dihadiahkan celoreng berdar4h pada awal bulan lalu sebagai tanda buah tangan yang dibawa pulang dari Indonesia.

“ Masa tu saya dah rasa lain dan tertanya-tanya kenapa ia dinamakan begitu. Sejujurnya saya dah tak sedap hati.

“ Malah kira-kira dua minggu lalu Allahyarham ada berkunjung ke rumah dan berkata tidak tahu bila lagi kami dapat berjumpa, mungkin itu petanda dia akan pergi buat selamanya,” katanya kepada mStar.

Azman ditemui di Masjid Muhamad Al-Fateh Kem Wardieburn, Kuala Lumpur.

Turut hadir ialah keluarga Allahyarham termasuk bapa yang juga pelakon lagenda, AR Badul serta pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Jen4zah Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya tiba di Masjid Kem Wardieburn, Jalan Genting Kelang.

Allahyarham Mohd Zahir dibawa ke Kem Wardieburn untuk disembahyangkan sebelum dihantar ke tanah Perkub0ran Tambun, Perak. .

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Mstar