“Selamba Je Dia Tarik Key Tinggi” Luarbiasa Padu Suara Lelaki Ini Menyanyi

Memiliki suara merdu didengar adalah satu anugerah yang tidak semua dapat memilikinya. Selain dapat menghiburkan diri sendiri, nyanyian yang lunak didengar dapat juga mengisi kekosongan masa para pendengar.

Namun dalam dunia realiti hari ini, biarpun suara cukup padu tapi perjalanan untuk menjadi seorang penyanyi profesional bukanlah mudah. Semuanya perlu melalui saluran yang sebenar. Tapi jika sekadar dijadikan hobi, banyak juga platform yang boleh digunakan untuk berkongsi bakat terpendam.

Terbaru tular di sosial media satu rakaman seorang lelaki yang menyanyi melalui aplikasi Smule dan suaranya sudah seperti penyanyi terkenal tanah air.

Video berdurasi satu minit 13 saat itu menarik perhatian ramai dengan lebih 150,000 tontonan dan 6,500 retweets sejak dimuat naik beberapa hari lalu.

Dalam video tersebut kelihatan lelaki tersebut dengan selamba tarik key tinggi lagu yang dinyanyikannya. Sedap betul!

Rata-rata netizen turut memuji suara lelaki ini dan meninggalkan komen seperti berikut:

“Aku harap ada rezeki dia lepas ni. Sumpah padu!”

“Fuh suara dia”

“Otw famous ni bro…”

FULL VIDEO:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: Haizadsykes