“Baginda Kesal Dan Dvkacita Atas Kekhllafan Sehingga Rakyat Jadi Kelirv“ Pihak Istana Kelantan Bersuara.

SULTAN Kelantan, Sultan Muhammad V menzahirkan rasa kesal dan dukacita atas penyebaran gambar-gambar peribadi baginda di laman sosial.

Menurut baginda, segala kekhilafan baginda yang disebar luas itu telah mengakibatkan kekeliruan dalam kalangan rakyat sehingga mencetuskan pertelagahan di media sosial.

Kenyataan kesal Sultan Muhammad V itu dikeluarkan oleh Pengelola Istana D’Raja Kelantan, Nik Mohd Shafriman Nik Hassan pada Jumaat.

“KDYMM (Ke bawah Duli Yang Maha Mulia) Sultan Muhammad V turut menzahirkan kekesalan dan rasa yang amat dukacita di atas kekhilafan peribadi baginda yang telah mengakibatkan kekeliruan di kalangan rakyat, sehingga mendatangkan pertelagahan di media sosial kerana didorong oleh khabar angin yang tidak sahih,” kata kenyataan itu.

Dalam kenyataan berkenaan, Nik Mohd Shafriman turut menyatakan Istana Kelantan amat kesal dan membantah penyebaran gambar-gambar baginda di media sosial beserta entri yang tidak beradab berkaitan kehidupan peribadi baginda.

“Bukan menjadi kelaziman pihak istana untuk memberi penjelasan kepada bualan di media sosial, tetapi Istana Kelantan telah memutuskan untuk menjernihkan kekeruhan yang sengaja ditimbulkan untuk mengelirukan rakyat,” kata Nik Mohd Shafriman lagi.

Sehubungan itu, Nik Mohd Shafriman menyeru masyarakat agar tidak mudah terpengaruh dengan sebarang kenyataan berunsur fltnah yang tersebar.

Menurut beliau, Sultan Muhammad V tidak seharusnya dikaitkan dengan fltnah di media sosial kerana ia mencemarkan nama baik institusi kesultanan Kelantan.

“Sekali lagi pihak Istana menyeru supaya rakyat tidak mudah terpengaruh dengan penyebaran kenyataan yang tidak benar dan berunsur fltnah.

“Hanya kenyataan rasmi dari Istana Kelantan dan peguam kepada Sultan Muhammad V yang boleh diambil kira sebagai kenyataan tepat dan boleh diterima pakai oleh rakyat dan pengamal media.

“Sultan Muhammad V sebagai sultan yang memerintah Kelantan tidak seharusnya dikaitkan dengan fltnah dan coretan yang tidak sahih di media sosial.

“Fltnah-fltnah berupa coretan yang tidak benar ini telah mencemarkan nama baik Kesultanan Kelantan dan kerabat diraja Kelantan,” kata beliau.

 

View this post on Instagram

 

Kenyataan Akhbar Istana Kelantan.

A post shared by Malaysiaroyalfamily 🇲🇾 (@malaysia.royalfamily) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

sumber: astro awani